Tuesday, September 29, 2009

Nawaitu Lillahi Taala...

26 September 2009

Pagi ni cuaca pagi agak panas sikit. Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. pagi ni pagi yang terakhir untuk berada di bumi kelantan. menunggu ketibaan abg syam untuk menjemputku membuatkn hati berasa makin berat untuk meninggalkan rumah yang meninggalkan 1001 kenangan, bilik yang terukir 1001 adegan tidurku, motor yang melukiskan 1001 kenangan bila menaikinya.. tapi apakan daya.. saya harus menyahut panggilan ilmu dari "ardhu kinanah"

Sunday, September 27, 2009

(Sambungan….)

Selasa 22 September 2009

Hari ni famili mengadakan jamuan hari raya dan kesyukuran sempena saya menyambung pelajaran ke timur tengah pada minggu depan. Pagi ni saya dan abg syam ke rumah makcik kiah untuk mengambil lauk pauk yg telah ditempah untuk dihidangkan kepada tetamu nanti. Pukul 12 lebih, tetamu sudah mula menjejakkan kaki ke halaman mahligaiku... tetamu yang dijemput sekitar 350 orang termasuk orang tua, muda dan kanak2. Selepas zohor, berpusu-pusu tetamu datang beraya...Tak menang tangan dibuatnya. Tak boleh masuk rumah lama2. Maklumla, saudara-mara nak jumpa la katakan..hehehe. Ustaz2, saudara-mara, orang tersayang, sahabat2 lama, jiran tetangga ramai datang memeriahkan majlis ni. Gembira bangat rasanya.. tp kadang2 ada jugak rasa sedih bila ada yang berpelukan masa nk balik. Huhu. Majlis tamat ni berakhir pukul 10 malam selepas solat isyak dan solat sunat hajat berjemaah.. malam tu saya keletihan, tak perasan pukul berapa tidur…hehehe

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri… 1430 Hijrah

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

La ilaha illallahu wallahu Akbar

Allahu Akbar walillahilhamd

Sebulan Ramadhan Al-Mubarak telah berlalu dengan senyap dan pantasnya. Pejam celik pejam celik dh 2 hari menerima ketibaan bulan Syawal yang mulia ini. Rasa baru beberapa hari je berpuasa. Alhamdulillah.. dpt melaksanakan ibadah puasa dan terawikh dengan baik. Jumaat 18 september mlm terakhir jd imam terawikh. Mlm tu pergi ke masjid dengan abah, abg syam dan abg yong. Mlm tu …Alhamdulillah.. rezeki mencurah-curah datang dari Allah.. dpt hadiah sebagai imam terawikh.. bersyukur sgt2. Tak pernah rasa lg sebelum ni. Mlm raya keesokan mlmnya, slps solat isyak, bertakbir beramai2 di masjid dan saya teruskan dengan solat sunat tasbih dan solat sunat hajat bersama jemaah masjid.
Pagi raya saya terjaga sgt dari tidur. Ntahla.. tak sabar nk baca khutbah kot. Hehehe. Tepat pukul 8 pagi, saya, abah, abg syam dan abg yong terus bergegas ke masjid untuk solat hari raya. Dalam kereta, mulut saya terkumat kamit melancarkan bacaan teks khutbah dan ayat-ayat Quran yang akan dibacakan dlm solat nanti. Saya bertakbir dan bertasbih beramai2 dengan jemaah masjid. Tepat pukul 8.30 pagi, solat Idilfitri dilaksanakan dan diimamkan oleh saya sendiri. Teruja jugak rasanya. Hehe. 1st time la katakan… Selesai solat dan doa, saya teruskan pula dengan bacaan khutbah idilfitri yang teksnya disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan. Masa mula2 berdiri dan tengok para jemaah sekelian, terkejut jugak. Ramai. Penuh setiap saff masjid. Alhamdulillah.. rezeki datang lagi.. (bersambung…)

Saturday, September 12, 2009

Good luck MTS (Perempuan) Bachok


Kad Raya Istimewa Dari Anak-Anak Muridku

Hari ni hari terakhir saya dan Zuhairi bertugas sebagai guru ganti di MTS (Perempuan) Bachok. Bermula 1 September 2009 dan berakhir hari ini 12 September 2009. Segala kenangan pekat manis akan terus terlukis di fikiran dan terpaut dihati ini. Segala penat lelah akibat balik dari terawikh terus lenyap apabila melihat pelajar2 faham ape yang dipelajari. Melaksanakan apa yang ajarkan. Petang tadi kelas tajwid di kelas Tahfiz 2 merupakan kelas terakhir untuk kelas itu. Teringat karenah pelajar2 yang kadang-kadangnya agak “kecoh” sikit dengan mulutnya tapi baik2 belaka. Hehe. Tapi yang paling saya sedih bila ada lagi yang masih berada di juzu’ 1 sedangkan sekarang sudah berada di bulan September. Sama2 kita doakan moga Allah s.w.t memberikan kekuatan kepadanya untuk bersama-sama menghafaz Kalamullah ini..

Ada pulak yang tersengih-sengih saja bila ditengok. Bila ditanya, tak tau kenapa pulak. Pelik gak rasanya. Mereka terlalu minat bila mendengar cerita dari saya. Tak tahula diorang ni faham ke tak..hehe. Ada antara mereka yang namanya masih berputar di fikiran. Yang tak ingat tu, maaf la yer. Mungkin dengan sebab cakap banyaknya ataupun dengan sifat “kecohnya” kot. Hehehe. Maaf yer. Kalau di kelas Tahfiz 2, antaranya Nur Afiqah Fauzi, Fatimah, Siti Hawa (adik Adam), Putri (borak je tau….), Nur Adibah (saya panggil Adibah Nor semasa mengambil nama kehadiran)hehe.., Nurul Aishah Atheerah (mangsa pukulan rotan)hehe..maaf yer kalau sakit… dan Lubna (namanya dekat2 dengan nama negara lubnan)hehe.

Dan beberapa detik dan jam yang lalu, saya mengajar di kelas Tahfiz 1 merupakan kelas terakhir mengajar di sekolah tu. Antara nama yang masih ingat, Quthren Nada (paling banyak cakap), Nurul Amni (selalu memandang ke arahku, tengok lama2 lak tu…)hehe.., Asma’ (ketua kelas yang pelik dan malu, malam ni dia lap spek mata dan cium baunya…)hehe…, Kaisah (budak kecil tapi mulut…. macam 17 tahun), Izzati (kembar tak sama wajah dengan Kaisah), Insyirah (pelajar paling tua dalam kelas dan banyak karenah, alasannya tak tasmi’ kerana katanya pergi klinik siang tadi..kesiannya..)hehe, Safirah (yang selalu menyakat bila saya bercakap, boleh dikatakan di ambang matured la..)hehe. Selepas tasmi’, diorang nak dengar cerita pulak, pengalaman hafaz Quran la. Entah ape2 la. Ada peristiwa pelik jugak, sebelum saya melangkah keluar, ada seorang pelajar sedang tunduk ke meja. Pelajar2 lain katakan yang dia sedang menangis. Sedih katanya.. hehe. Pelik2 betul la budak2 ni.

Tengok jam dh lewat, tapi diorang ramai2 pujuk suruh sambung cerita pengalaman, katanya kelas terakhir bersama saya dan nak mintak amanat dariku… saya tak pasti bagi amanat ke atau cerita kosong je.hehehe. Alamak!!! Tamat pukul 12 mlm jugak. “Terkezut” saya.. tak tahula wardennyer bising ke tak. Hehe. Bila keluar kelas, rasa macam artis pulak. Ingatkan diorang nak mintak autograf rupa-rupanya beramai-ramai menghadiahkan kad hari raya buatku. Kad istimewa kenang-kenangan dari anak2 muridku. Terima kasih semuanya. Terharu jugak rasanya. Hehehe. Erm…biasala budak pompuan kan… bab2 begini, no 1 la bagi diorang. Ape2 pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada warden Ustaz Rozu dan Ustazah Husna kerana sudi jemput untuk mengajar di situ dan kepada pelajar2, ustaz ucapkan terima kasih banyak2 di atas segalanya dan ustaz memohon ampun dan maaf di atas salah silap sebelum ni. Maaf kalau ada terpukul dengan rotan ke.., terkasar bahasa ke, tersilap kata dan bicara ke, erm…. semuanyer la.. maaf banyak yer…

Kalaulah ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
Insyaalah kita berjumpa lagi..

Thursday, September 10, 2009

Uhhh… letih gak rasanya. Baru balik dari sek. Tiba2 je ada kelas ganti. Bawak motor mlm2 begini sakit mata jugak bila disuluh oleh lampu kereta. Sampai je di rumah, terus terbang ke atas katil untuk menghilangkan penat. Bestnyer rasa.. terus terbayang sesuatu di fikiran, terus saya ON kn acer aspire hitam ini untuk mencoretkan beberapa lukisan yang tergambar di otak… semasa makan moreh di masjid td, Uncle Ta iaitu… ntahla..pengerusi masjid kot, membisikkan sesuatu di telinga saya. “ustaz, nati jd ime hari rayo deh. Baco khutboh sekali”. Terkejut saya bila mendengar.. Selama ni belum pernah menjadi imam hari raya mahupun khutbahnya sekali. Apapun, saya sanggup. Kena beranila sikit.. rasa tak sabar sangat nak tunggu hari raya. Saya tak ceritakan lagi kepada famili, biar famili terkejut di saat2 akhir nak raya nanti..hehe.

lepas habis makan, terus meluncur laju ke sek untuk meneruskan kelas seperti biasa. Singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli ‘marker pen’ untuk kelas tahfiz 1. Di kelas, saya memberitahu pelajar2 yang saya nak ganti balik ‘marker’ diorang. Diorang terkejut dan menyangka saya ada ambil hati dengan gurauan diorang. Diorang ingat saya terasa hati la…hehehe. Padahal memang saya nak buat camtu untuk diorang fikir saya ni terasa hati pun..hehehe. Ada yang terus mintak maaf dari jauh. Tepat jam pukul 11 malam, kelas tasmi’ berubah jadi perbualan biasa pulak antara saya dan pelajar..hehe. borak kosong la katakan tapi ada pengisian sikit.

Sebelum pelajar2 membaca doa penutup, seorang pelajar datang ke arah saya dan menyatakan ada orang mengirim surat katanya. Saya membaca cebisan kertas tersebut dan tertulis, “Ustaz, sblum ustaz g mesir or mane2 la..sy nk mintak maaf ngn ustaz kalow ade buat sakit hati ustaz..InsyaAllah lps ni sy xkan sakitkan hati ustaz..”. Dari….(biarlah rahsia). Pukul 11.21 tamat kelas, saya dan zuhairi terus ke tempat parking motor masing2. Sesampai je di motor, “ustak..kami nok mitok maah sangat2 nga ustak. Ustak ambik la duit ni. Bayar untuk marker hok ustak bui. Kami gurau jah ustak.” Luahan beberapa pelajar kelas tahfiz 1. Pelajar2 tahfiz 2 sedang menyaksikan adegan ni dari tingkat atas asrama. Saya tersenyum sendirian. “laa…awok smuo tak dok saloh gapo pun. Meme niat sayo nak bagi. Duit tu awok sipe la untuk duit kelas. Sayo tak kisoh pun.” Jawabku. Semakin ramai yang memujuk saya untuk menerima wang itu. Lalu saya memutuskan dengan berkata “kalu awok nak berkat, ambik duit ni. Sipe. Guno untuk kelas”. Terus diorang senyap terkunci mulut. Hehe. Pesanan untuk anak2 muridku, saya tak ada sikit pun rasa kecil hati walaupun sebesar zarah. Awak semua je yang fikir camtu. Ermmm susah jugak mengajar sek perempuan ni kn.. ramai yang manje.. huhu. Ape2 pun, pengalaman…

Kerja Sambilan Lagi….

Tiit…. Tiiitt… hp nokiaku berlagu-lagu menandakan ada panggilan masyuk…. Terpampang nama “Ustaz Aziz MTS Bachok” memanggil. Lantas menekan keypad berwarna hijau. Kedengaran suara seorang ustaz yang pernah bergurau dengan saya semasa saya berkhidmat di Maahad Tahfiz Sains Bachok beberapa bulan lepas. Jelas panggilan hanya ingin menyatakan bahawa gaji tertunggak sebelum ini sudah di “bank in” kn. Alhamdulillah.. bersyukur.. lalu saya terfikir nak pergi ziarah mantan2 anak murid di situ. Dengan menunggang “burra” yang bernombor plat DAQ935, terus menuju laju ke bachok. 25 minit sampai la. Kalau dengan kereta ada la dlm 45 minit.

Sampai je di sana, kelihatan sekolah yang pernah saya curahkan sedikit ilmu dan pengalaman itu tersergam indah walaupun kelihatan pelajar2 yang keletihan disebabkan belajar di waktu bulan puasa. Ada yang tidur di kantin, tidur di dalam kelas, malahan ada jugak ustaz yang tidur di bilik guru. Boleh dikatakan borim la. Masuk je dalam pejabat, tersaksi Ustaz Arif dan Ustaz Kadir sedang menatap wajah komputer pejabat. Tengah buat kerja la… Ustaz Yusof dan Ustaz Aris keluar entah ke mana. Hajatnya nak jumpa mereka berdua la. Huhu.

Selepas lama berlabuh di kerusi pejabat, rasa rindu pulak kat anak2 murid. Semasa berjalan di sebelah kelas, ada jugak yang bising dan memekik2 memanggil namaku sedangkan ada guru di kelas masing2. Hehe. Malu jugak saya dibuatnya. Perangai budak2 ni tak berubah-ubah. Lepas sejam, saya lupa yang janji dengan zuhairi untuk singgah di rumahnya. Baru je melangkah kaki untuk pulang, Ustaz Kadir memanggil nama, “Ustaz Syahrir tuu..” “Ustaz Syahrir kito tuu…”. Rasa penah dengar nama tu, nama saya la tu… hehe. Saya berpaling, “ado gapo ustak?”. Ustaz Kadir bertanya, “Enta free dok pas terawih? Ado ore cari sruh ngaja kt sek amir indera mlm2. Ngaja tasmi’. Pukul 10 hinggo pukul 11 mlm. Bereh?”. Sepantas kilat saya menjawab, “kecik tapok tange, nyiru sayo tadohke. Hehe. Bereh jah”. “Ok. Mlm ni selalu deh. Gaji 20 yar seje. Pahtu enta cari sore lagi deh”. Kata ustaz kadir.

Mlm tu saya mengajak rakan lama iaitu zuhairi untuk bergandingan bahu untuk sama2 mengajar di sek amir indera petra. Almaklumla.. dlu mengajar di sek yang muridnya laki je, skang ni perempuan je.. nasib baik form 1 je.. masuk kelas je, lain benar dengan keadaan di sek laki. Budak2 pompuan ni skema skit. Hehe. (maaf yer kaum wanita) hehe. Diorang “terkezut” ustaz baru masuk. Lelaki dan muda lak tu… hehehe. Ada yang tersengih2, ada yang malu2, (malu ada makna tu) cakap sikit sengih2, sampai saya sendiri tak faham. Huhu. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Tapi diorang ni takut sikit nak tasmi’, muraja’ah dan talaqqi. Tak tahula kenapa. Katanya diorang malu kalau saya marah.. sedangkan saya tak penah marah pun.. tapi percayalah.. diorang ni ada kalanya buat saya malu jugak.. ada gak yang berspesis bila tasmi’, diorang tgk muka ustaz nya (muka saya la…). Diorang tak tau ke yang saya ni jenis yang pemalu sikit…kekekeke. Ape2 pun, alhamdulillah bacaan diorang baik2 belaka. Mlm ni ada kelas lagi sehingga 12 hb 9... Tunggulah apa yang terjadi lagi….

Wednesday, September 9, 2009

....Terawikh 0oh Terawikh….

Alhamdulillah.. tahun ni sekali lagi saya dpt bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Yg paling penting, saya berharap agar dapat bertemu dengan malam “memintas seribu bulan”. Sudah 3 tahun saya tak merasa berterawikh pd awal2 Ramadhan di “new castle the islamic city” ni dek kerana biasanya pd bln ni saya dan rakan2 akan “berperang dengan pen dan kertas” di DQ. Pendek kata exam la… balik kampung je, 2 atau 3 hari sblm raya. Tahun ni, pertama kali saya ‘ditaklifkan’ untuk menjadi imam terawikh di Dusun Muda. Teruja gak sikit2. Saya berharap agar dpt baca 1 muka surat untuk 2 rakaat. Tapi AJK masjid menyuruh 2 muka surat untuk 2 rakaat. Tertelan air liur saya mendengar. Huhu. Tapi tak ape nyer.. kena struggle la sikit nak mengulang Quran hari2. Tak boleh nak main2 lg.

Alhamdulillah.. apabila sudah masuk semester pertama dan kedua bulan Ramadhan, semuanya berjalan lancar.. jemaah masjid pun semuanya baik2 belaka. Tapi sorang dua je yang jemaah muda. Yang lain semuanya “orang veteren” ataupun “pencen”. Yang bestnyer, lps habis je witir dan doa, ada plak “pesta makan2” (moreh laa…). Mee goreng, kuih2, laksa, sup.. semua ada la.. Bagus jugak masyarakat kat situ. Walaupun semuanya dikatakan golongan berada, diorang bergilir-gilir antara rumah untuk menyediakan juadah untuk ahli masjid. Mudah-mudahan Allah menambahkan lagi rezeki bg mereka. Seronok jugakla rasakan. Pengalaman la katakan..

Kesilapan Kerap Muslim Di Bulan Ramadhan

Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat mengenai kesilapan yang sering dilakukan oleh umat Islam ketika di bulan Ramadhan kerana kekurangan ilmu dan mungkin kita pernah tergolong dalam golongan ini dan semoga kita sama-sama dapat membaiki agar kita mendapat kesempurnaan pahala bagi ibadah kita di bulan ini.

Oleh :Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

(sumber: www.zaharudin.net)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


HARAPAN RAMADHAN


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan
Berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan
Diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
Diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmat-Mu oh
Tuhanku...
Ku tempuh jua

Sunday, September 6, 2009

konvo...


Saat menantikan hari konvo membuat saya semakin teruja. Kadang2 ku terfikir, “betulko aku nk konvo ni” (dlm loghat kelate). Mcm mimpi je rasanya. Pagi ni 5/8/09 saya menanti bas sorang2 di stesen bas Langgar. Macam biasala, saya suka sangat tengok gelagat manusia di sekeliling. Paling best tengok budak yang kena marah oleh mak nya. Hehe. Semasa perjalanan ke KL, xda peristiwa yang menarik sangat.. Cuma saya terkesima sikit la melihat gelagat seorang warga emas yang mengorat seorang gadis remaja. Saya terpikir, kalaulah pak cik ni mengorat gadis remaja, apatah lagi anaknya. Adakah anaknya mengamalkan sistem "bapak borek anak rintik"? Erm biarlah…
Bila sampai di KL,… aaghhhh… saya terkejut dgn ramai manusia bertopeng (H1N1) la… ada yg batuk.. yg bersin.. takut saya di buatnyer.. habis doa dibaca.. maklumla penyakit berbahaya. Bala kepada manusia. Saya menunggu kedatangan kak he (kak ipar) utk jemput saya di stesen bas Putra. Nk tunggu sejam ibarat sehari. Maklumla takut kat H1N1 la.. kalau tv3 sebut (H one N one) tapi tv1 sebut (H satu N satu). Hehehe. Janggal betul bila dgr camtu. Skema la katakan.. lucu tul


Pagi esoknya 6/8/09 my friend hafizi ramli datang ke rumah abg saya untuk sama2 pergi ke Darul Quran. Dlm pukul 10 pg begitu la. Dlm surat jemputan konvo, kata kena ambil jubah pukul 2.30 petang. So, kami buat lengah2 la sikit. Skema plak kalau sampai awal2 nati. Singgah pergi makan kat tempat biasa. Saya tengok dah banyak polis KL yang guna kereta peronda EVO. Lantas berbisik di hati, “kalu la aku dpt naik kereta ni dengan isteri ku kan best….”. (loghat kelate) hehe. Berangan je tau… sampai di pintu msuk DQ, saya teringatkn peristiwa2 pahit semasa nak keluar outing masa blaja kat DQ. Paling sakit hati dengan karenah pak cik JAGA. Skema tul. Kena ada cop la. Letak buku la. Kdg2 saya terpikir, “ni skoloh menengoh ko skoloh rendoh ni??” (longat kelate) Orang sekeliling dan pak cik prebet ada gak yg perli. Malu dibuatnya. Tp nk buat camne, dh peraturan gitu. ISO la katakan.. dpt jumpa kwn2 lama yg terpisah lebih kurang 5/6 bulan pengubat rindu di kala sesi mengambil jubah.. ada yg bersalam, berpeluk, berlaga pipi, namun ada pula yg kutuk-mengutuk. Hehe. Hepi bangat dpt pegang jubah konvo. Jln keliling gerai nk tunjuk yg majlis ni kami yg punya. Hehe. Thn ni pesta konvo agak meriah dgn gerai2 jualan, game outdoor dan mlm kesenian Islam. Masih teringat ketika kena tembak semasa bermain paintball. Berdarah…

8/8/09 detik bersejarah dlm hidup saya... Pagi ni saya dengan rakan2 yg lain bersiap dengan pakaian melayu yg boleh la agak segak dikatakan. Saya seperti biasa pakai baju melayu sepasang warna hijau dengan kain songket hijau. Sedondong la katakan. Mak, ayah, abg syam, kak he, abg yong dan anak saudaraku ezlin dh sampai di dalam kampus kul 9.00 pagi lagi. Bila jumpa dgn abg yong, saya terus ke tempat fotografi kt tepi dewan walaupun masa itu rakan2 yg lain sudah berada di dewan auditorium untuk berkumpul. Siap tangkap gmbr, terus pergi dewan audi. Nasib baik tak da ape2 msa tu. Tepat kul 9.45 pagi, para graduan dan graduanita DQ berarak ke dewan muktamar DQ dengan segaknya. Majlis konvo berjalan dengan lancarnya. Nasib baik gambarku semasa mendapat diploma dari Mejar Jamil Khir Johari baik. Kiranya boleh tahan gak la posing msa tu. Hehe. Dlm2 diam air mata saya mengalir di dlm dewan. Xtaula kenapa. Mb tak sangka dpt konvo kot. Hehe. Hbs majlis, saya terus mendapatkan famili saya utk bergambar kenangan sebanyak-banyaknya. Nasib baik gak bergambar awal2 td, kalau tidak, kena beratur pjg la jwb nya… hehehe. Ape2 pn saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan-Nya ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mak ayah, adik-beradik, ustaz ustazah, insan tersayang, sahabat sahabiah serta kepada yang mengenali diri ini. Jasa kalian hanya Allah sajalah yang dapat membalasnya.. Tamat…

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO