Tuesday, October 6, 2009

Perjalanan Ke Bumi Para Anbiya’

Pagi itu hujan rintik2 mengiringi saya dan famili semasa turun dari rumah. Dlm kereta, saya senyap je. Debar jugak nk tinggalkan bumi kelahiran ni. Kami dimaklumkan untuk berkumpul di airport tepat jam 7.30 pagi. Entah kenapa pagi tu beberapa kali kami tersilap jalan semasa nak pergi ke airport. Fikiranku risau memikirkan pasal ni. Takut2 terlewat. Beberapa kali abg syam meyakinkan diri ini untuk sabar dan tenang. Maklumla.. 1st time nk naik flight..hehe. Tak pernah naik MAS atau Airasia.. tapi terus naik Gulf Air.. hehe. Naik yang jauh terus..
alhamdulillah sampai jugak akhirnya. Disana kami diberi taklimat, chek in dan lain2 lagi. Pukul 9.30, kami akan ke bahagian penerbangan antarabangsa. Semua bersalaman dengan famili. Sebak sangat melihat ma dan abah menangis. Apapun, diri ni xdapat nak menahan air mata yang keluar.. tepat pukul 11.45 pagi, kami berlepas dan meredah awan bagi meneruskan perjalanan yang jauh bagi menuntut ilmu..

Singgah Sebentar Di Bahrain…


Alhamdulilah.. kami selamat tiba di airport bahrain pukul 6.45 ptg maktu malaysia dan 1.40 tengahari waktu bahrain.. tiba di sana, kami rasa teruja dan terkejut pun ada jugak bila tengok bangunan2 nya yang hanya berpetak je. Satu warna je lak tu. Maklumla.. persekitaran yang berdebu dan panas. Tak ada pun yang berbentuk lain2. Macam yang selalu kita tengok dalam tv la… tiba di sana kami menginap di hotel. Lupa nak tengok nama hotel. Hehe. Otak kami masih tak dapat sesuaikan lagi dengan waktu disana. Semua waktu solat awal. Subuh pun pukul 4.15 pagi.

Pagi 1 oktober kami meneruskan perjalanan ke bumi ardhul kinanah. Jarak perjalanan hanya 3 jam lebih sahaja. Kali ni flight yang kami naik ni agak kecik sedikit. Dapat jugak tengok terusan suez dari pandangan atas. Tiba di airport cairo pukul 3 ptg. Tiba disana kami disambut oleh pelajar2 senior Syoubra. Menaiki bas dan terus ke Syoubra dan menginap di Dewan Perwakilan Mahasiswa Syoubra (MAQAZ).

1 Comentário:

.:naurahislami:. said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO