Friday, March 4, 2011
(Demonstrasi Rakyat Mesir selama 18 hari akhirnya menumbangkan regim Hosni Mubarak)
* Rejim Monarki Iran di bawah Shah Mohamad Reza Pahlavi digulingkan pada 1979 dalam revolusi rakyat yang dikenali sebagai Revolusi Islam Iran, dipimpin oleh seorang ulamak Ayatollah Ruhollah Khomeini setelah Reza Pahlavi dikecam rakyatnya sebagai boneka barat yang mengamalkan fahaman sekular, selain menindas rakyat dan menyalahgunakan kuasa.
* Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang memerintah Filipina secara kuku besi sejak 1965 digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat atau Revolusi Laban (Lawan) pada 1986, yang dipimpin oleh Corazon Aquino setelah suaminya, seorang pemimpin pembangkang terkemuka Filipina, Benigno Aquino (Ninoy) ditembak mati semasa kembali ke tanah air dari Amerika Syarikat. Corazon Aquino kemudiannya dipilih menjadi Presiden Filipina pada tahun 1986.
* Pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991 di bawah pemerintahan Presiden, Boris Yeltsin selepas mengambil alih daripada Mikhail Gorbachev yang mana tindakannya membuka ruang kepada rakyat untuk mengkritik kerajaan. Demonstrasi rakyat membolehkan 15 republik di bawah Kesatuan Soviet mencapai kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri.
* Parti Rakyat Republik Poland yang merupakan parti komunis yang mentadbir Poland dibubarkan pada tahun 1990 selepas tercetusnya Revolusi pada tahun 1989 yang juga dikenali sebagai Revolusi Kejatuhan Komunisme selepas rakyat mahukan perubahan demokrasi. Revolusi di Poland yang diketuai golongan buruh pimpinan Lech Walesa itu menyaksikan beliau dilantik sebagai Presiden Poland pada tahun 1990.
* Kerajaan Kominis Jerman yang menguasai Jerman Timur yang ditubuhkan pada tahun 1949 selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 digulingkan pada tahun 1990. Satu perubahan mendadak dikenali sebagai Die Wende (revolusi senyap) bermula pada tahun 1989 akhirnya menyaksikan penyatuan Jerman Timur dan Jerman Barat dan keruntuhan Tembok Berlin pada tahun 1990.
* Presiden Suharto dijatuhkan oleh kuasa rakyat pada tahun 1998 selepas memerintah Indonesia lebih tiga dekad. Demonstrasi pelajar dan tunjuk perasaan berterusan telah menyebabkan kerajaan Suharto tumbang.
* Kerajaan Thailand pimpinan Perdana Menteri, Samak Sundaravej dari Parti Kuasa Rakyat (PPP) digulingkan tidak sampai setahun berkuasa selepas menang dalam pilihan raya umum pada Disember tahun 2007. Demonstrasi besar-besaran diketuai Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) dilancarkan terhadap kerajaannya pada pertengahan tahun 2008 dan kerajaan pimpinan Samak dibubarkan oleh Mahkamah Persekutuan pada September tahun 2008. Samak kemudian digantikan oleh Somchai Wongsawat untuk memimpin Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Kerajaan Thailand namun pada Oktober tahun 2008 beliau dikepung daripada memasuki pejabatnya oleh Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD). Pada 2 Disember tahun 2008, Mahkamah Perlembagaan mendapati Parti Kuasa Rakyat (PPP) bersalah kerana penipuan dalam pilihan raya dan membubarkan parti itu dan kerajaan. Abhisit Vejjajiva yang memimpin Parti Demokrat kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri baru Thailand pada 17 Disember tahun 2008.
* Kerajaan Tunisia pimpinan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali digulingkan pada 14 Januari tahun 2011 selepas 23 tahun pemerintahanya secara kuku besi. Pemberontakan rakyat terhadap pemerintahan kuku besi ini menyaksikan Ben Ali tumbang dan melarikan diri bersama keluarganya ke Arab Saudi.
* Presiden Mesir, Hosni Mubarak tumbang dan menyerahkan kuasa kepada tentera semalam (12/2/2011) setelah berlaku pemberontakan rakyat selama 18 hari. Beliau mengamalkan pemerintahan autokratik selama 30 tahun selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Presiden Anwar Sadat yang ditembak mati pada tahun 1981.
* Siapakah yang bakal mengikuti jejak langkah seperti ini? Adakah Yaman, Algeria, Jordan? Ataupun.._ _ _ _ _ _ _ _?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment