Thursday, December 22, 2011

Kelebihan dan Amalan Malam Jumaat

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Semoga para pembaca semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Pada malam jumaat banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan dalam memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah s.w.t dan janganlah sesekali melakukannya dengan mengharapkan apa-apa balasan
sesungguhnya orang yang benar-benar ikhlas akan mendapat balasan kebaikan atas keihklasan nya

1. Membaca Surah Al-Kahfi ( Ayat 1-10 )

Bacaan Surah Al-Kahfi

“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah
al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)


2. Surah Yassin

“Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”
(HR Tarmizi)
Bacaan Surah Yassin

3. Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya (Nabi).” (Al-Ahzab:56)

“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)


4. Solat Malam Jumaat

Solat ini didirikan di antara waktu maghrib dan ishak dengan 12 rakaat iaitu setiap 2 rakaat satu salam.

5. Ahli kubur mendapat hadiah iaitu doa dari waris yang hidup

''Dimana setiap malam jumaat dan hari jumaat seluruh ahli kubur keluar dari kubur dan menerima setiap satu talam yang dibawa oleh malaikat ditutup dengan sapu tangan serta bergemerlapan cahaya nya yang di dalam nya berisi doa-doa, amalan sedekah dan bacaan ayat-ayat suci Al-quran dari waris yang hidup untuk si mati"

"masing-masing menerima nya dengan muka yang gembira dan bercahaya melainkan mereka yang 'tidak didoakan' oleh waris mereka, mereka masuk semula kedalam kubur dengan wajah yang sayu dan sedih tanpa mendapatkan satu pun talam walhal waris si mati masih ada"

6. Qiyamullail ( Solat malam )

Iaitu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t, bermunajat, memohon keampunan kepadaNYA dengan melakukan solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir dll.

Banyak kan berzikir, bertasbih, bertahmid, dan berdoa kepada Allah s.w.t


“Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih) Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.


7. Bersetubuhan dengan para isteri

"Pada malam ini sesiapa yang 'datang' kepada isterinya akan diberi pahala oleh Allah s.w.t keatas nya dengan adab-adab yang di ajar oleh islam"

"Mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira dan ikhlas, berpakaian bersih dan wangi, berwudhuk, menutupi nya dengan selimut, membaca doa sebelum memulakannya, bersifat lemah-lembut, berdoa selepas melakukannya, mensyukuri nikmat, dan membersihkan diri sesudah melakukannya"

yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari manusia sendiri

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO