Wednesday, December 16, 2009

Di Celah-Celah Kehidupan...

Mesir ummu Dunya?!

Melangkah ke bumi seribu menara, muzium raksasa ini pastinya mengundang seribu satu macam keanehan dan ketakjuban, lebih-lebih lagi mereka yang pertama kalinya menjejakkan kakinya ke bumi kinanah ini. Dengan peradabannya yang telah dimulai sejak sekitar 7000 tahun yang lampau Mesir masih gah menyenaraikan dirinya dalam senarai dunia sebagai sebuah negara yang pernah mencatatkan tamadunnya yang agung. Contohnya Pyramid dan Sphinx yang telah menjangkau usia berabad lamanya, namun masih berdiri kukuh dan masih dapat dilihat dengan jelas hingga ke hari ini.

di piramid


Tidak hairanlah, setiap langkah yang kita susuri di bumi Anbiya' ini pernah mencatatkan cerita dan nostalgia yang masih terukir sehingga ke hari ini. Kalau kita ada kelapangan untuk berjalan dan menggelilingi sekitar bumi Mesir ini, kita dapat melihat dengan jelas, rata-rata bangunannya sangat usang dan dindingnya yang bertampal, serta atapnya yang berdebu tebal, dinding yang lusuh, dan kebanyakan bangunannya berwarna kelabu. Mungkin kerana bumi ini yang sentiasa berdebu, di kelilingi oleh padang pasir dan sering dilanda ribut pasir, justeru memilih warna kelabu adalah pilihan yang paling selamat, untuk mengelakkan pencemaran dinding bangunan untuk jangka panjang. Di dalam bangunan usang itu jugalah pelbagai generasi silih berganti meneruskan kehidupan berabad abad lamanya.

ni la tempat laluan azam dlm ketika cinta bertasbih.hehe

Bercakap tentang sosio budaya masyarakat, rata-rata secara umum, Islam tidaklah sepenuhnya dimanifestasikan dalam kehidupan rakyatnya, dan kekuatan beragama pada aspek tertentu kelihatan semakin luntur. Untunglah fenomena Arab Islam dalam sosial budaya masyarakat Mesir masih sangat menonjol. Kalaulah bukan peranan dan perjuangan ulama’ Islam sudah pastilah telah lama bangsa Arab ini melepaskan ikatan Islam di dalam kehidupan mereka secara total.


Meskipun rakyat Mesir terpaksa ‘berkerat rotan berpatah arang’, menyaring budaya kuning yang saban hari menujah pemikiran anak bangsa mereka, sama ada melalui media cetak, televisyen atau pelancongan, kehidupan beragama masih dapat kita perhatikan di mana-mana. Alunan bacaan al-quran masih dapat kita dengari sama ada di kedai-kedai Arab, mahupun dalam kenderaan, yang adakalanya terpaksa bersaing dengan lagu pop yang menjadi kegemaran anak muda Arab, seperti Amru Diyab, Nancy Ajram, Tamer Husni, Majdah Rumi, Diana Haddad, Hisyam Abbas dan lain-lain lagi. Tulisan bertulis ayat al-quran juga masih banyak kelihatan di dinding bangunan, pintu-pintu rumah, malah kalau kita perhatikan di tembok-tembok tapak bangunan yang belum dibina kita dapat perhatikan ‘kalamullah’ adakalanya dipaparkan dengan tulisan tangan dengan nyata.


Tentang kehidupan umum masyarakat Mesir, kita menyaksikan budaya masyarakat kaya yang gemarkan kereta mewah sementara di aspek lain lain kita juga dapat menyaksikan orang miskin yang mengenderai haiwan keldai sebagai tunggangan, sumber untuk mendapatkan sesuap rezeki menyambung kehidupan. Pada beberapa aspek lain juga, kita boleh katakan bangsa Mesir ini sangat beradab sopan dan tinggi budi pekertinya, contohnya mereka suka tolong menolong dan membantu orang-orang tua. Hinggakan adakalanya kita terlihat penumpang teksi yang membantu pemandu menolak kenderaan mereka yang rosak. Fenomena begini tentulah sukar dilihat di negara kita sendiri. Di dalam bas juga kaum wanita sering mendapat priority untuk duduk. Anak anak muda dan kaum lelaki sering mendahulukan orang tua dan kaum wanita mereka untuk duduk di dalam kenderaan awam. Di samping itu kita tidak nafikan sifat negatif seperti pembengis, suka marah marah, mencela, sikap puas, bangga dan memuja keadaan yang sedia ada sehingga muncul ungkapan memuja bumi tanah air mereka sepeti ‘Misr Ummud Dunya’, ‘Misr Ahsan Fil Alam’ dan lain lain lagi.

spinhx

Bangsa Mesir merupakan bangsa yang memiliki citra dan wawasan yang tersendiri. Di tengah-tengah desakan hidup dan kepayahan yang bertumpang tindih dalam kehidupan mereka, kita melihat bangsa ini masih mampu tersenyum dalam kesukaran dan kepayahan mereka meneruskan hidup, dalam keadaan rakyat peribumi mereka hidup dengan serba kepayahan dan bersesak-sesak di mana-mana, kerana kepadatan penduduk. Masyarakat Mesir memang satu bangsa yang tidak kenal erti rendah diri atau ‘inferiority complex’, baik orang miskin mahupun orang kaya. Keramahan mereka yang luar biasa juga adakalanya amat merimaskan, terutamanya bagi orang Malaysia seperti kita yang tidak gemar begurau keterlaluan atau ‘over acting’. Lebih lebih lagi bila diajukan pertanyaan yang adakalanya langsung tidak munasabah dan lojik, lebih layak dikatakan soalan bodoh. Bagi mereka, orang Malaysia yang belajar di sini sama saja, jika pada pandangan mereka kita telah melakukan suatu yang menyalahi, lantas ditengking sesuka hati tanpa teragak-agak, tak kira siapa, ustaz ke..., orang tua ke..., atau orang perempuan, bagi mereka semuanya sama saja.

Meminum ‘syai’ merupakan satu kegemaran yang tak asing lagi pada bangsa ini, bahkan merupakan satu kebanggaan dan tanda penghormatan kepada para tetamu yang berkunjung. Kalau anda sedang berehat, tiba tiba dikejutkan dengan sorakan, anda jangan terperanjat kerana itu adalah sorakan penonton perlawanan bola yang merupakan satu permainan yang paling digemari oleh bangsa ini. Anda mungkin pernah menyaksikan anak bangsa ini bermain sepanjang hari dan adakalanya sampai ke larut malam. Suatu hobi yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan bangsa mereka yang telah berakar umbi sejak nenek moyang mereka.


Bangsa Mesir juga dikenal sebagai bangsa yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang erat. Rata-rata kita dapat lihat, anak-anak berjalan berdampingan dengan ayah dan ibu mereka, berpegang-pegangan tangan, berbual rancak dan mesra, tak kering idea. Kadang-kadang kita merasa sangsi adakah mereka berbual sesama anak-beranak atau dengan orang lain yang baru mereka kenal. Ini kerana pemandangan begini sukar dilihat pada bangsa kita sendiri. Mereka sering berjalan berpegang pegangan tangan. Demikian juga dengan pasangan suami isteri, meskipun usia perkahwinan menjangkau separuh abad, namun keintiman dan sifat romantik masih jelas dapat kita saksikan. Mereka masih boleh berbicara panjang lebar dan berbual mesra. Mereka berjalan seiring dan saling berpimpinan tangan, melambangkan bangsa ini sangat memelihara hubungan kekeluargaan dan ikatan sesama mereka. Seorang Jerman menyuarakan komentarnya: Saya sangat kagum bagaimana bangsa ini dapat meneruskan hidup di tengah tengah kesesakan dan kepadatan penduduk, kecelaruan yang bersimpang-perenang, penempatan yang tidak sistematik. Kalau bangsa lain menghadapi keadaan sebegini rupa nescaya timbul pelbagai krisis yang tidak diduga..” ujarnya. Sorang wartawan Cina pernah menyuarakan: Yang menjadi perhatian saya terhadap bangsa ini adalah sikap puas, merasa cukup dan berpada dengan apa yang ada, ini kerana dorongan spritual dalam kehidupan mereka” Beliau menjelaskan lagi: Saya sering memerhatikan ‘bawwab’ di hadapan rumah saya yang hidup seadanya, hanya dengan ruang rumah di lantai ‘ardhiyyah’ yang kecil dan satu kamar mandi, sudah cukup untuk menaungi kehidupan mereka sekeluarga. Meskipun begitu, saya tidak pernah mendengar mereka mengeluh dengan kehidupan mereka, bahkan mereka masih mampu tersenyum dan bergurau senda.


Orang orang cacat juga masih mendapat tempat di dalam kehidupan sosial, masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti. Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berkorban memikul rakannya yang cacat menaiki bas dan memanjat tangga bangunan, mereka dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain yang sempurna. Demikianlah tabahnya bangsa ini dan sikap tolong-menolong, serta pengorbanan yang bukan kepalang dan begitu sukar untuk kita saksikan di dalam masyarakat kita sendiri.

Wednesday, November 18, 2009

jaulah ke Alexandria (Iskandariah)

Iskandariah merupakan banadaraya kedua terbesar di negara mesir, selepas Kaherah. Bandar ini dinamakan selepas pengasasnya, Alexander Agung, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat. Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam zaman pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga menjadi perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt. Perjalanan ke Iskandariah yang dijadualkan bermula jam 7.00 pagi tertangguh sehingga jam 8.00 pagi disebabkan sedikit masalah pada bas. (orang arab ni lebih teruk dari janji melayu) Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke Iskandariah sekitar jam 1.00 petang. Destinasi pertama yang dituju ialah Taman Montazah. Di sana, kami dihidangkan dengan makanan tengahari seterusnya solat jama' taqdim. Dibawah sikit gambar2 dari taman montazah...

bersama ahli halaqah


laut mediterranian. dah betul eja nya kot..hehe
berjalan melihat keindahan alam

dari mana lak datang budak arab nyibuk ni?

ish3...minah arab ni nak masuk jugak dlm gambar ni...hehehe

Kira-kira jam 4.00 petang perjalanan menuju ke destinasi seterusnya ialah Masjid Sidi Abu Abbas Al-Mursi. Menziarahi maqam sheikh Busiri seorang pereka burdah terkenal, maqam Sheikh Abu Abbas Al-Mursi, maqam Imam Makinuddin Al-Asmar merupakan seorang imam qurra' yang terkenal di Iskandariah, maqam Sheikh Yaqutul Arsy, maqam-maqam 14 wali termasuk cicit baginda Nabi SAW. Memandangkan masa yang agak terbatas, beberapa tempat tidak sempat untuk dikunjungi iaitu Kubu Qaitbey (kalau nak tengok, tengok dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH), Maktabah Iskandariah dan Masjid Nabi Danial & Luqmanul Hakim. Apapun, masa masih panjang, Insyaallah kalau ada masa free, kena pergi lagi ke sana. Kena Qada' tempat2 yang belum pergi lagi.. khususnya mandi pantai..hehe. sekian

melawat maqam sekitar kaherah

Alhamdulillah baru2 ni saya sempat untuk ber"jaulah" bersama kawan2 ke beberapa tempat menarik sekitar kaherah yang khususnya maqam para sahabat2 Rasullullah s.a.w, para Tabi'in, wali2 Allah dan para pejuang Islam zaman dahulu. Destinasi pertama ialah Masjid Amru Al-As, masjid yang terbesar di benua Afrika.




Seterusnya menziarahi maqam-maqam yang terdapat di sekitar masjid Imam As-Syafi'e. Maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani seorang yang hebat dalam bidang hadis dan beberapa bidang yang lain. Maqam 'Uqbah ibn Amir, Zunnun Al-Misri, Rabiatul Adawiyah, Imam Al-Laith dan banyak lagi. Seterusnya, program diteruskan dengan menziarahi maqam-maqam yang terdapat di sekitar Jabal Muqattam. Bermula dengan maqam Ibn Atoillah Assakandari, Wali Soghir dan lain-lain.


maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani seorang yang hebat dalam bidang hadis


maqam serikandi Islam Rabiatul Adawiyah


maqam Imam Asy-Syafie


Program berhenti rehat dengan Solat Zohor dan makan tengahari di sekitar masjid. Perjalanan seterusnya menuju ke Kubu Solahuddin Al-Ayubi. Di bawah gambar2 sekitar kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi..


pemandangan dari atas kubu Salahuddin Al-Ayubi

pemandangan dari atas kubu Salahuddin Al-Ayubi


Berada di sekitar kubu lebih kurang 2 jam seterusnya menuju perjalanan ke Masjid Sultan Hassan dan Masjid Ar-Rifaie untuk Solat Asar. Bersambung....

Tuesday, November 17, 2009

sekitar masjid Saidina Hussein

Masjid Saidina Hussein terletak di bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar Asy-Syarif yang mana kedua2 nya terletak di kaherah yang terletak berdekatan dengan Attaba. Makam Saidina Hussein terletak dalam masjid ini. Attaba ni kalau kat malaysia macam masjid india, petaling street gitu la.. mana2 pun ramai orang.. tempat jual beli..

ni kat masjid Azhar la... Masjid Hussein kat bawah ni..

bumbung masjid Hussein yg boleh terbuka & tertutup

ni kerusi kedai makan.. bukan untuk dijual

ha.. ni kalau tak bwk duit, tengok je la yer..

murah je ni.. kalau nak, bg duit. pahtu dapat la..

kak ros minat benar la koleksi gini.. hehehe

ni syisya..

makam Saidina Hussein yang terletak dalam masjid

"pembedahan blog"...

assalamualaikum kepada semua kenalan.. dh lama rasanya x mengupdate blog ni.. dh berhabuk dengan debu2 mesir ni pun.. huhu. tak taula kenapa, kering idea ke, malas ke, mungkin tak larat nak menaip kerana sejuk kot.. hehe. kepada ahli keluarga dan kenalan di bumi malaysia, disini ada sedikit coretan untuk kalian semua.. semoga terubat sedikit rindu di hati...hehehehe. tak ada apa2. hanya gambar je..

keldai mesir (jual buah atau sayur)

pemandangan rumah dari bawah

pintu pagar naik rumah. Ya Allah.. uzurnya..

pemandangan sekeliling rumah

pemandangan sekeliling rumah

pemandangan sekeliling rumah

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO