Wednesday, November 18, 2009

jaulah ke Alexandria (Iskandariah)

Iskandariah merupakan banadaraya kedua terbesar di negara mesir, selepas Kaherah. Bandar ini dinamakan selepas pengasasnya, Alexander Agung, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat. Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam zaman pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga menjadi perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt. Perjalanan ke Iskandariah yang dijadualkan bermula jam 7.00 pagi tertangguh sehingga jam 8.00 pagi disebabkan sedikit masalah pada bas. (orang arab ni lebih teruk dari janji melayu) Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke Iskandariah sekitar jam 1.00 petang. Destinasi pertama yang dituju ialah Taman Montazah. Di sana, kami dihidangkan dengan makanan tengahari seterusnya solat jama' taqdim. Dibawah sikit gambar2 dari taman montazah...

bersama ahli halaqah


laut mediterranian. dah betul eja nya kot..hehe
berjalan melihat keindahan alam

dari mana lak datang budak arab nyibuk ni?

ish3...minah arab ni nak masuk jugak dlm gambar ni...hehehe

Kira-kira jam 4.00 petang perjalanan menuju ke destinasi seterusnya ialah Masjid Sidi Abu Abbas Al-Mursi. Menziarahi maqam sheikh Busiri seorang pereka burdah terkenal, maqam Sheikh Abu Abbas Al-Mursi, maqam Imam Makinuddin Al-Asmar merupakan seorang imam qurra' yang terkenal di Iskandariah, maqam Sheikh Yaqutul Arsy, maqam-maqam 14 wali termasuk cicit baginda Nabi SAW. Memandangkan masa yang agak terbatas, beberapa tempat tidak sempat untuk dikunjungi iaitu Kubu Qaitbey (kalau nak tengok, tengok dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH), Maktabah Iskandariah dan Masjid Nabi Danial & Luqmanul Hakim. Apapun, masa masih panjang, Insyaallah kalau ada masa free, kena pergi lagi ke sana. Kena Qada' tempat2 yang belum pergi lagi.. khususnya mandi pantai..hehe. sekian

melawat maqam sekitar kaherah

Alhamdulillah baru2 ni saya sempat untuk ber"jaulah" bersama kawan2 ke beberapa tempat menarik sekitar kaherah yang khususnya maqam para sahabat2 Rasullullah s.a.w, para Tabi'in, wali2 Allah dan para pejuang Islam zaman dahulu. Destinasi pertama ialah Masjid Amru Al-As, masjid yang terbesar di benua Afrika.




Seterusnya menziarahi maqam-maqam yang terdapat di sekitar masjid Imam As-Syafi'e. Maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani seorang yang hebat dalam bidang hadis dan beberapa bidang yang lain. Maqam 'Uqbah ibn Amir, Zunnun Al-Misri, Rabiatul Adawiyah, Imam Al-Laith dan banyak lagi. Seterusnya, program diteruskan dengan menziarahi maqam-maqam yang terdapat di sekitar Jabal Muqattam. Bermula dengan maqam Ibn Atoillah Assakandari, Wali Soghir dan lain-lain.


maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani seorang yang hebat dalam bidang hadis


maqam serikandi Islam Rabiatul Adawiyah


maqam Imam Asy-Syafie


Program berhenti rehat dengan Solat Zohor dan makan tengahari di sekitar masjid. Perjalanan seterusnya menuju ke Kubu Solahuddin Al-Ayubi. Di bawah gambar2 sekitar kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi..


pemandangan dari atas kubu Salahuddin Al-Ayubi

pemandangan dari atas kubu Salahuddin Al-Ayubi


Berada di sekitar kubu lebih kurang 2 jam seterusnya menuju perjalanan ke Masjid Sultan Hassan dan Masjid Ar-Rifaie untuk Solat Asar. Bersambung....

Tuesday, November 17, 2009

sekitar masjid Saidina Hussein

Masjid Saidina Hussein terletak di bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar Asy-Syarif yang mana kedua2 nya terletak di kaherah yang terletak berdekatan dengan Attaba. Makam Saidina Hussein terletak dalam masjid ini. Attaba ni kalau kat malaysia macam masjid india, petaling street gitu la.. mana2 pun ramai orang.. tempat jual beli..

ni kat masjid Azhar la... Masjid Hussein kat bawah ni..

bumbung masjid Hussein yg boleh terbuka & tertutup

ni kerusi kedai makan.. bukan untuk dijual

ha.. ni kalau tak bwk duit, tengok je la yer..

murah je ni.. kalau nak, bg duit. pahtu dapat la..

kak ros minat benar la koleksi gini.. hehehe

ni syisya..

makam Saidina Hussein yang terletak dalam masjid

"pembedahan blog"...

assalamualaikum kepada semua kenalan.. dh lama rasanya x mengupdate blog ni.. dh berhabuk dengan debu2 mesir ni pun.. huhu. tak taula kenapa, kering idea ke, malas ke, mungkin tak larat nak menaip kerana sejuk kot.. hehe. kepada ahli keluarga dan kenalan di bumi malaysia, disini ada sedikit coretan untuk kalian semua.. semoga terubat sedikit rindu di hati...hehehehe. tak ada apa2. hanya gambar je..

keldai mesir (jual buah atau sayur)

pemandangan rumah dari bawah

pintu pagar naik rumah. Ya Allah.. uzurnya..

pemandangan sekeliling rumah

pemandangan sekeliling rumah

pemandangan sekeliling rumah

Sunday, November 1, 2009


Adam & Hawa

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu ditanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepert gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan? bukan bertujuan untuk mewakili mana-mana pihak, jelaslah bahawa ALLAH itu Maha Adil dan Maha Penyayang... jika difikir, sebenarnya lelaki dan wanita tu sama saje. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itu tandanya ALLAH itu Maha Adil..






...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO