Thursday, December 22, 2011

Kelebihan dan Amalan Malam Jumaat

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Semoga para pembaca semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Pada malam jumaat banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan dalam memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah s.w.t dan janganlah sesekali melakukannya dengan mengharapkan apa-apa balasan
sesungguhnya orang yang benar-benar ikhlas akan mendapat balasan kebaikan atas keihklasan nya

1. Membaca Surah Al-Kahfi ( Ayat 1-10 )

Bacaan Surah Al-Kahfi

“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah
al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)


2. Surah Yassin

“Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”
(HR Tarmizi)
Bacaan Surah Yassin

3. Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya (Nabi).” (Al-Ahzab:56)

“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)


4. Solat Malam Jumaat

Solat ini didirikan di antara waktu maghrib dan ishak dengan 12 rakaat iaitu setiap 2 rakaat satu salam.

5. Ahli kubur mendapat hadiah iaitu doa dari waris yang hidup

''Dimana setiap malam jumaat dan hari jumaat seluruh ahli kubur keluar dari kubur dan menerima setiap satu talam yang dibawa oleh malaikat ditutup dengan sapu tangan serta bergemerlapan cahaya nya yang di dalam nya berisi doa-doa, amalan sedekah dan bacaan ayat-ayat suci Al-quran dari waris yang hidup untuk si mati"

"masing-masing menerima nya dengan muka yang gembira dan bercahaya melainkan mereka yang 'tidak didoakan' oleh waris mereka, mereka masuk semula kedalam kubur dengan wajah yang sayu dan sedih tanpa mendapatkan satu pun talam walhal waris si mati masih ada"

6. Qiyamullail ( Solat malam )

Iaitu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t, bermunajat, memohon keampunan kepadaNYA dengan melakukan solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir dll.

Banyak kan berzikir, bertasbih, bertahmid, dan berdoa kepada Allah s.w.t


“Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih) Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.


7. Bersetubuhan dengan para isteri

"Pada malam ini sesiapa yang 'datang' kepada isterinya akan diberi pahala oleh Allah s.w.t keatas nya dengan adab-adab yang di ajar oleh islam"

"Mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira dan ikhlas, berpakaian bersih dan wangi, berwudhuk, menutupi nya dengan selimut, membaca doa sebelum memulakannya, bersifat lemah-lembut, berdoa selepas melakukannya, mensyukuri nikmat, dan membersihkan diri sesudah melakukannya"

yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari manusia sendiri

Monday, December 19, 2011

Memasak, Membasuh Bukan Tugas Isteri

Kisah Sayyidina Umar r.a dengan seorang lelaki...

Lelaki itu terpaku di luar rumah Sayyidina Umar al Khattab. Tidak jadi dia hendak memberi salam kepada tuan rumah. Tak sangka Sayyidina Umar hanya diam saja bila isterinya merungut sesuatu dan berceloteh panjang. Tidak terdengar langsung suara beliau membalas kata-kata isterinya.

"Jika begini sikap Umar padahal beliau seorang yang sentiasa bersikap tegas dan keras, dan beliau juga seorang Amirul Mukminin...betapalah aku," bisik lelaki tadi. Niat asalnya adalah untuk mengadu kepada khalifah mengenai sikap isterinya yang tidak disenangi, tetapi niatnya terbantut.

Ketika dia sudah membelakangi pintu untuk melangkah pulang, Sayyidina Umar kebetulan menjenguk keluar. Sayyidina Umar lantas memanggilnya dan bertanyakan hajatnya.

"Wahai Amirul Mukminin," jawabnya, "sebenarnya aku datang ingin mengadukan keburukan isteriku kepadamu. Dia selalu berleter kepadaku. Tetapi aku mendengar isterimu juga bersikap demikian, jadi aku mengambil keputusan untuk pulang saja."

Sayyidina Umar berkata, "wahai saudara! Sesungguhnya aku menahan diri terhadap sikapnya itu kerana dia ada hak keatas diriku. Dialah yang memasakkan makananku, memasak roti untukku, membasuh pakaianku, menyusukan anak-anakku, padahal semuanya itu bukan kewajipannya. Selain daripada itu, hatiku menjadi tenteram dengannya daripada perbuatan haram. Itulah sebabnya aku sanggup bersabar atas sikapnya itu."

"Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah isteriku," balas lelaki tadi.

Sayyidina menambah, "wahai saudara, bersabarlah atas sikap isterimu itu kerana ia hanya sebentar sahaja."

Memasak bukan kewajipan seorang isteri, mengapa ada yang letak syarat begitu?

Wednesday, November 30, 2011

SYEIKH AZHAR, DR.QARDHAWI TURUT MEMBUANG UNDI

Akhbar rasmi Ikhwan Muslimin "Kebebasan dan Keadilan" melaporkan berita bahawa Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib membuang undi di Sekolah Rendah Lelaki Mesir Jadidah sekitar jam 10.30 pagi dan menolak untuk diiring oleh pasukan keselamatan masuk ke tempat membuang undi dan seterusnya turut beratur bersama-sama pengundi lain.

Begitu juga ulamak Islam yang terkenal, Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi yang turut menunaikan tanggungjawab di sebuah sekolah di Madinah Nasr, bekas Setiausaha Agung LIGA ARAB, 'Amr Musa yang mengundi di sekolah Fatimah Az-Zahra', Kaherah Baru (Kaherah Al-Jadidah), Setiausaha Agung LIGA ARAB sekarang, Dr.Nabil 'Arabi yang mengundi di sebuah pusat Pendidikan Jasmani di Zamalek, Menteri Kebajikan Sosial dan Masyarakat, Dr.Judah Abdul Khaliq yang membuang undi di Sekolah Sayyidah Khadijah, Ma'adi.

Seorang lagi calon Presiden Mesir, Hamdi Subhi yang membuang undi di Sekolah Rizq Hamamu daerah Baltim. Sejurus keluar dari pusat pengundian beliau berkata "Saya mengundi Parti Kebebasan dan Keadilan".

HARI KEDUA PILIHANRAYA MESIR

Pengundian bagi Parlimen Mesir untuk sembilan wilayah yang bermula semalam, 28 November diteruskan pada hari ini berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Mesir setelah pelbagai kesulitan yang dihadapi pada hari pertama. Ini adalah pengalaman pertama SPR yang mengendalikan pilihanraya yanga adil dan telus setelah 30 tahun ditekan oleh rejim Mubarak.

Pada hari pertama, 28 November semalam, pelbagai masalah dan kesulitan yang dihadapi di beberapa pusat pengundian. Sebagai contoh di daerah Madinah Nasr (Nasr City) di Sekolah Abbas 'Aqad, terdapat 9 saluran mengundi yang dibuka skeitar jam 11 pagi iaitu tiga jam lewat dari waktu yang ditetapkan kerana kertas undi yang tidak mencukup selain para hakim yang menyelia pusat pengundian tiba lewat.

Manakala di Sekolah El-Fath, Hadaiq Qubbah pula, terdapat kertas-kertas undi yang tidak dicop selain di beberapa buah daerah, ketiadaan peti untuk membuang undi hingga pusat pengundian terpaksa dibuka lewat.

Walau bagaimanapun, pakar perlembagaan negara menyifatkan kes-kes tersebut tidak merencatkan proses pilihanraya dan ia akan diteruskan pada hari ini. Keputusan pilihanraya dijangka diumumkan sehari selepas pengundian berlangsung.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA DIKETAHUI ESOK

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Mesir mengumumkan tempoh pengundian yang sepatutnya berakhir jam 7 malam dilanjutkan hingga jam 9 malam ini berikutan terdapat beberapa lokasi pengundian yang dibuka lewat kerana hakim yang bertugas tiba lewat di tempat bertugas ekoran hujan yang turun di sesetengah tempat.

SPR juga mengumumkan bahawa keputusan Pilihanraya bagi calon Fardi (Individu) akan diketahui sehari selepas pengundian pada setiap kali pusingan pilihanraya dijalankan. Ini bermakna keputusan bagi 9 wilayah yang menjalankan pengundian hari ini, 28 November akan diumumkan pada 29 November kecuali keputusan calon SENARAI yang diumumkan lewat kemudian.

9 WILAYAH TERLIBAT PENGUNDIAN PERINGKAT PERTAMA

Hari ini, 28 November merupakan peringkat pertama pengundian bagi Parlimen Mesir yang melibatkan 9 negeri iaitu:

1) Kaherah
2) Iskandariah
3) Fayyum
4) Port Said
5) Bahrul Ahmar (Laut Merah)
6) Dumyat
7) Kafr Sheikh
8) Luxor
9) Asyut

Seramai 17.5 juta pengundi berdaftar akan menentukan wakil rakyat masing-masing untuk mewakili suara mereka dalam Parlimen selepas revolusi Mesir yang menyaksikan kejatuhan Mubarak.

Menurut laporan Ikhwan Online.com:

1) seramai 3,809 calon pada 9 negeri ini bertanding bagi merebut 168 kerusi sementara 36 parti untuk merebut 199 senarai.

2) Seramai 9,530 orang hakim akan terlibat menyelia tempat-tempat pengundian yang dilakukan di sekolah-sekolah kerajaan. (Semua pusat-pusat pengundian sepanjang pilihanraya di Mesir berada di bawah pantauan hakim-hakim).

3) Sebanyak 4011 buah sekolah menjadi pusat pengundian di 9 negeri terbabit dan Kementeri Pendidikan memberikan cuti peristiwa kepada sekolah-sekolah tersebut hari ini. Ia membabitkan:

-1118 buah sekolah di Kaherah
-595 (Iskandariah)
-101 (Port Said)
-400 (Dumyat)
-633 (Kafr Sheikh)
-365 (Fayyum)
-487 (Asyut)
-201 (Luxor)
-111 (Bahrul Ahmar)

Saturday, November 26, 2011

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.


1. Mendoakan dan memohonkan keampunan

Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”

2. Bersedekah

Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau menjawab, “Ya, dapat.”

3. Berpuasa

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhnya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.

4. Haji

Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran.”

5. Solat

Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”

6. Membaca al Quran

Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada. (nama almarhum dan almarhumah)

Saturday, October 15, 2011

:: antara coklat berbungkus dengan coklat dihurung lalat ::



Allah SWT berfirman,
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
[Surah An-Nur (24):31]


Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
[HR Abu Dawud]


Allah SWT berfirman,
Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.”
[Surah Al-Ahzab (33):59]


Sabda Rasulullah,
Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
[HR Bazzar dan At-Termizi]


Allah SWT berfirman,
Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka
[Surah An-Nur (24):31]


Sabda Rasulullah,
“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”
[HR Abu Dawud]


Allah SWT berfirman,
Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”
[Surah Al-Ahzab (33):33]



*****************************



Allah SWT berfirman,
Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
[Surah An Nur(24):60]



* Gadis melayu berniqab, ganjil?

* Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?

* Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?

* Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?

*
Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?

*
Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?

* Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?

* Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?

* Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?

* Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?

*
Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?

*
Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?

*
Gadis melayu ganjil?



Sabda Rasulullah s.a.w:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)

sweetnya...

Wednesday, September 14, 2011

imbas kembali zaman lampau era 90an

salam pada semua. lama benar saya tidak mengupdate blog ni.. tak tau la kenape.. busy atau malas kot.. insyallah akan kembali rajin selepas ni.. tetiba je rasa teringat zaman muda-muda dulu.. tak kira dari segi umur, rakan-rakan mahupun permainan.. jom kita imbas kembali..


rancangan ni antara febret saya. satria baja hitam namanya..

yang ni plak cybercops namanya.. saya suke yang hijau.. pas.. hehe


yang ni plak dashyangkuro...


yang ni flashman.. cam power rangers gak la..


yang ni thundercats...


tomatoman...


yang ni mesti permainan kanak-kanak pompuan ni kan..


yang ni patung askar..dulu banyak stok kt rumah ni..


bedil bawang..


bola kaki tiga.. lokasi permainan, depan rumah pok soh..


bola kertas.. siap lukis & kaler lagi pasukan.. ahli permainan tetap, faisal..


bot kertas...


brickgame.. kalu rosak, beli lain.. permainan yang memanfaatkan masa borim..

car card.. kereta paling power , dia menang..


dadu ular..

dekcok.. tak pandai main..


digimon.. tak penah beli.. juz main yang kawan je.. mahal..


buih belon.. cube letak dekat mata, pedih ke tak..


donkeycard.. tak penah main..


donkeykong...


sticker dragon ball.. beli cakkedih, boleh la benda ni..


drawing...


bomb asid... musim raya je ada..

gasing...


gelang air.. permainan yang agak mencabar gak la..




plastesin


jet kertas..


jojo..


kapal terbang..


ikan karing namanya...


laser pointer

leletop namanya..


lompat getah..


lukisan je..


namecard.. masa ni, soho benar benda ni.. siap ngan gambar artis, kereta n mcm2 lagi la..


askar payung terjun.. tempat permainan adalah di tingkat 3 sekolah..


penguin.. suke tgk penguin turun tangga..

pilot shaker..

piring terbang...


pistol..



pistol.. kalu kena ni, pedih jugak..


pistol air...


pistol belerang...


plastesin...



power rangers...


tahun 1999 memang femes benda ni.. siap ada pertandingan di sekolah rendah..


robar.. dulu penah simpan sekotak besar koleksi robar ni.. menang pertandingan..


saidina.. main benda ni sampai hilang terus tanah & duit..


senapang getah.. pelurunya getah.. target yang dicari, cicak n kawan-kawan..


senapang getah.. pelurunya buah kekuk.. orang kelate je yg phm buah apa ni..

sticker buku...


kereta tamiya.. dulu penah gak masuk tanding di kedai belakang sekolah islah n pasaraya billion.. menang sekali.. yang lain tak menang (kecundang)..


tudung botol..


ultraman... ada ultraman abang, kakak, mak, ayah dan atuknya sekali..


ni alat nike... dalam bahaasa kelate... masukkan duit 20 atau 50 sen, keluarlah ape yang patut..


biskut...

biskut kapal terbang..


coklat hantu namanya...


magic pop...






smarties




coklat kereta...


macammana semuanya? ingat tak kalian? semuanya peristiwa sekitar tahun 1990 hingga 2000.. selamat mengimbas kembali...

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO