Sunday, April 10, 2011

MANUSIA DIJADIKAN DARIPADA TANAH ATAU PUN AIR MANI?


Kita merujuk kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Furqan ayat 54:

Firman Allah SWT:

وهو الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا وصهرا وكان ربك قديرا

Mafhumnya:

Dan dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air

Di dalam surah Al-Haj pula, ayat ke 5:

Firman Allah SWT:

ياأيها الناس إن كنتم في ريب من البعث فإنا خلقناكم من تراب ثم من نطفة ثم من علقة ثم من مضغة مخلقة وغير مخلقة لنبين لكم ونقر في الأرحام ما نشاء إلى أجل مسمى ثم نخرجكم طفلا ثم لتبلغوا أشدكم ومنكم من يتوفى ومنكم من يرد إلى أرذل العمر لكيلا يعلم من بعد علم شيئا وترى الأرض هامدة فإذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت وأنبتت من كل زوج بهيج

Mafhumnya:

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani……(hingga akhir)

Jawapannya:

Satu lagi soalan yang dijadikan hujah untuk menjatuhkan kredibiliti Al-Quran sebagai kitab yang benar adalah soalan di atas. Pihak orientalis barat mendakwa bahawa percanggahan di atas adalah bukti bahawa Al-Quran mempunyai kesalahan. Justeru yang mana satukah yang benar? Adakah manusia diciptakan daripada tanah ataupun air benih (air mani). Justeru dalam meneliti ayat-ayat di atas, ayuh kita teruskan pencarian kita.

Kita merujuk buku Al-Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin, beliau menerangkan bahawa manusia dijadikan dalam dua penciptaan yang berbeza, iaitu penciptaan nabi Adam AS dan keturunan Adam AS. Menurutnya lagi, nabi Adam AS diciptakan daripada tanah. Hal ini kerana nabi Adam AS diciptakan oleh Allah SWT tanpa ibu juga ayah. Begitu jugalah dengan nabi Isa AS. Bukti yang menunjukkan bahawa nabi Adam AS diciptakan daripada tanah ialah satu hipotesis yang diketengahkan oleh DR A Graham Cairnssmith dari universiti Glasgow pada tahun 1985. malahan pada tahun 2003 pula, artikel “Clay’s Matchmaking Could Have Prarked Life”, yang dilaporkan di Newscients.Com News Sevice (Online) menyatakan bahawa dua komponen asas kehidupan ditemui dan kedua dua komponen itu mungkin bermula tanah liat. Hal ini membuktikan bahawa benar manusia diciptakan dari komponen komponen tanah. Menurut Syeikh Said Hawa pula di dalam Al Asas Fit Tafsir, syeikh menyatakan bahawa tanah di sini mungkin juga dimaksudkan dengan khasiat yang diperlukan untuk kesuburan manusia yang diperolehi melalui tanah iaitu dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Pandangan ini bersamaan dengan pandangan Prof Hamka di salam Tafsir Al Azhar.

Seterusnya manusia diciptakan dari air seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Furqan. Justeru memang benar manusia diciptakan dari air juga, tetapi siapa? Ini adalah merujuk kepada penciptaan keturunan nabi Adam AS. Jelas nyata bahawa penciptaan kita adalah berasal dari air yang terpancar seperti termaktub di dalam surah Al-Tariq ayat 5-7, surah ke 86 pada juzuk ke 30.

Hal ini telah diketahui umum bahawa kita diciptakan adalah hasil perhubungan ayah serta ibu kita. Kita ketahui bahawa ayah akan mengeluarkan air benih, air terpancar (sperma). Namun hakikatnya ibu juga akan mengeluarkan air yang terpancar yang terdapat di dalam benih yang bernama ovum.

Justeru jelaslah benar apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa manusia diciptakan dari dua bentuk penciptaan yang berbeza berdasarkan perbezaan penciptaan iaitu penciptaan nabi Adam AS dan keturunan nabi Adam AS. Wallahu A’lam.

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO