Wednesday, November 30, 2011

SYEIKH AZHAR, DR.QARDHAWI TURUT MEMBUANG UNDI

Akhbar rasmi Ikhwan Muslimin "Kebebasan dan Keadilan" melaporkan berita bahawa Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib membuang undi di Sekolah Rendah Lelaki Mesir Jadidah sekitar jam 10.30 pagi dan menolak untuk diiring oleh pasukan keselamatan masuk ke tempat membuang undi dan seterusnya turut beratur bersama-sama pengundi lain.

Begitu juga ulamak Islam yang terkenal, Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi yang turut menunaikan tanggungjawab di sebuah sekolah di Madinah Nasr, bekas Setiausaha Agung LIGA ARAB, 'Amr Musa yang mengundi di sekolah Fatimah Az-Zahra', Kaherah Baru (Kaherah Al-Jadidah), Setiausaha Agung LIGA ARAB sekarang, Dr.Nabil 'Arabi yang mengundi di sebuah pusat Pendidikan Jasmani di Zamalek, Menteri Kebajikan Sosial dan Masyarakat, Dr.Judah Abdul Khaliq yang membuang undi di Sekolah Sayyidah Khadijah, Ma'adi.

Seorang lagi calon Presiden Mesir, Hamdi Subhi yang membuang undi di Sekolah Rizq Hamamu daerah Baltim. Sejurus keluar dari pusat pengundian beliau berkata "Saya mengundi Parti Kebebasan dan Keadilan".

HARI KEDUA PILIHANRAYA MESIR

Pengundian bagi Parlimen Mesir untuk sembilan wilayah yang bermula semalam, 28 November diteruskan pada hari ini berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Mesir setelah pelbagai kesulitan yang dihadapi pada hari pertama. Ini adalah pengalaman pertama SPR yang mengendalikan pilihanraya yanga adil dan telus setelah 30 tahun ditekan oleh rejim Mubarak.

Pada hari pertama, 28 November semalam, pelbagai masalah dan kesulitan yang dihadapi di beberapa pusat pengundian. Sebagai contoh di daerah Madinah Nasr (Nasr City) di Sekolah Abbas 'Aqad, terdapat 9 saluran mengundi yang dibuka skeitar jam 11 pagi iaitu tiga jam lewat dari waktu yang ditetapkan kerana kertas undi yang tidak mencukup selain para hakim yang menyelia pusat pengundian tiba lewat.

Manakala di Sekolah El-Fath, Hadaiq Qubbah pula, terdapat kertas-kertas undi yang tidak dicop selain di beberapa buah daerah, ketiadaan peti untuk membuang undi hingga pusat pengundian terpaksa dibuka lewat.

Walau bagaimanapun, pakar perlembagaan negara menyifatkan kes-kes tersebut tidak merencatkan proses pilihanraya dan ia akan diteruskan pada hari ini. Keputusan pilihanraya dijangka diumumkan sehari selepas pengundian berlangsung.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA DIKETAHUI ESOK

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Mesir mengumumkan tempoh pengundian yang sepatutnya berakhir jam 7 malam dilanjutkan hingga jam 9 malam ini berikutan terdapat beberapa lokasi pengundian yang dibuka lewat kerana hakim yang bertugas tiba lewat di tempat bertugas ekoran hujan yang turun di sesetengah tempat.

SPR juga mengumumkan bahawa keputusan Pilihanraya bagi calon Fardi (Individu) akan diketahui sehari selepas pengundian pada setiap kali pusingan pilihanraya dijalankan. Ini bermakna keputusan bagi 9 wilayah yang menjalankan pengundian hari ini, 28 November akan diumumkan pada 29 November kecuali keputusan calon SENARAI yang diumumkan lewat kemudian.

9 WILAYAH TERLIBAT PENGUNDIAN PERINGKAT PERTAMA

Hari ini, 28 November merupakan peringkat pertama pengundian bagi Parlimen Mesir yang melibatkan 9 negeri iaitu:

1) Kaherah
2) Iskandariah
3) Fayyum
4) Port Said
5) Bahrul Ahmar (Laut Merah)
6) Dumyat
7) Kafr Sheikh
8) Luxor
9) Asyut

Seramai 17.5 juta pengundi berdaftar akan menentukan wakil rakyat masing-masing untuk mewakili suara mereka dalam Parlimen selepas revolusi Mesir yang menyaksikan kejatuhan Mubarak.

Menurut laporan Ikhwan Online.com:

1) seramai 3,809 calon pada 9 negeri ini bertanding bagi merebut 168 kerusi sementara 36 parti untuk merebut 199 senarai.

2) Seramai 9,530 orang hakim akan terlibat menyelia tempat-tempat pengundian yang dilakukan di sekolah-sekolah kerajaan. (Semua pusat-pusat pengundian sepanjang pilihanraya di Mesir berada di bawah pantauan hakim-hakim).

3) Sebanyak 4011 buah sekolah menjadi pusat pengundian di 9 negeri terbabit dan Kementeri Pendidikan memberikan cuti peristiwa kepada sekolah-sekolah tersebut hari ini. Ia membabitkan:

-1118 buah sekolah di Kaherah
-595 (Iskandariah)
-101 (Port Said)
-400 (Dumyat)
-633 (Kafr Sheikh)
-365 (Fayyum)
-487 (Asyut)
-201 (Luxor)
-111 (Bahrul Ahmar)

Saturday, November 26, 2011

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.


1. Mendoakan dan memohonkan keampunan

Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”

2. Bersedekah

Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau menjawab, “Ya, dapat.”

3. Berpuasa

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhnya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.

4. Haji

Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran.”

5. Solat

Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”

6. Membaca al Quran

Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada. (nama almarhum dan almarhumah)

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO