Friday, January 29, 2010

bongkar rahsia

Maaf la nok bongkarkan sikit perasaan yang terpendam jauh di lubuk hati agar ia tak meletus pada masa yang tidak di kehendaki ..

Pelbagai tohmahan ku terima semasa di zaman sekolah dahulu, pelbagai sindiran terpaksa ku telan, pelbagai hinaan terpaksa ku sabar ...

“masuk sekolah maahad jah?baik masuk sekolah asrama penuh. Sekolah maahad ni sekolah asrama ‘ppenuh’ (loghat kelate maksudnya asrama yang sudah penuh, bukan yang dimestikan kena tinggal di asrama.


“tengok sepupu mu, boleh masuk sekolah Alam Shah, boleh masuk sekolah Faris Petra, mu masuk sekolah maahad jah, jauh jelak, supo isi dengan kuku.”


“bakpo tak masuk sekolah biasa,boleh masuk universiti.. kalu sekolah maahad, masuk uia boleh la..”


“kalu sekolah maahad, nanti seksok nk kijo gapo? Jd tok imam ngan tok kadi boleh je la deh.”



Pelbagai tohmahan ku terima sebelum menjejak kaki ke mesir, pelbagai sindiran terpaksa ku telan ...

“kalu tak g mesir takpo ko? Bimbang weh ngaji jauh-jauh ni. Ngaji dalam Malaysia tak leh ko?” risau weh. Pahtu sana ada makanan ko dok? Boleh hidup ko sano? Duduk rumah pn tak pernah masak.. Tak harap weh duduk jauh-jauh ni.”


“Kalu kijo terus tak leh ko? Kan dah ado diploma. Boleh beli kereta sendiri. Ngaji wak gapo lg nyo?”


“Amik bidang gapo? Bakpo tak tukar bidangnyo?”


"demo gi la mesir nu ... bukannya boleh bahaso pn .. bual bahasa kelate jugaknyo..”


"gi mesir wat gapo ??? tengok arab gelek buleh la ..."


“Kalu demo gi mesir, baik nikoh dulu la. Sano tino comel-comel saja. Takut demo tak leh tahan jah.”


"kalu balik seksok jangan nak kato hok tu tak leh, hok ni tak leh pulok deh..."


"ngaji ugama, seksok nok kijo gapo ??? kijo pejabat ko swasta? Jd tok imam masjid leh la”


“nati balik mesir, kijo j-qaf la deh. Tak dok kijo lain doh loni. Gaji besar. Ngaja budok kecik jah. Mudoh. Budak-budak paham ko dok, itu no 2. Janji gaji besar”


“nyusoh ko mok pok jah gi sano ... baik ngaji dalam negeri la… buleh PTPTN, leh balik rumah sokmo"



"aaaaahhhhh !!!!

tunggulah ...

kan ku pancung lidah kelu mereka,

kan ku sembelih pandangan tumpul mereka,

kan ku ratah kejahilan mereka,

kan ku tembusi hijab dungu mereka,

kan ku pisahkan antara hak dan yang batil,

intan dan kaca, sunnah dan bid'ah ..."

tunggula suatu hari nanti…..


sekadar luahan bicara ...

Wednesday, January 27, 2010

Mengapa Oh Mengapa...

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...







...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?




Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...





...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?







Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...






...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"






Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...





...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?





Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...





...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?





Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!




Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...




...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?




Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...




...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!




Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...






...tetapi selalu persoaLkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO