Friday, January 15, 2010

Luahkan 5 minit masa untuk berfikir sejenak apa yang di katakan.. ada betulnya dalam dunia realiti ini.... Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawatnya. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walaupun ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramailah wanita yang hidup membujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupakan walaupun dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola sepak. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang- undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah “terror” boleh mengimamkan satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki...

Wednesday, January 13, 2010

pencuri shoubra


Pencuri oh pencuri.. siapakah kau… sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.. puas mencerita pasal kebaikan dan keramahan orang arab ni, ni nak cerita satu pengalaman terbaru dan yang paling ‘terkejut’ yang tak pernah berlaku ke atasku di Malaysia tapi berlaku di Mesir yang sebagai permulaan sebagai pelajar baru yang baru 4 bulan bermain debu dan berpijak di tanah arab Mesir ni. Peristiwa ni berlaku betul2 ke atas diriku dan ahli ‘bait’ku dan aku di takdirkan sebagai saksi utama kejadian di samping Ustaz Khalis sebagai saksi ‘pentaukid’. Ustaz2 sebelum ni pernah berpesan, “tak sah enta dok mesir kalu tidok ditimpa ujian dan dugaan”. Sebagai penuntut ilmu, sememangnya untuk aku sabar dan redha atas apa yang berlaku. Disini pelajar Malaysia dianggap sebagai golongan yang kaya tapi bodoh. Ada jugak yang ingat kami ni sebagai orang asli dek kerana iklan2 pelancongan Malaysia yang sentiasa menayangkan orang dari pedalaman sabah dan Sarawak yang menari dengan hanya memakai “cawat”. Orang arab sememangnya famous dengan aktiviti mencurinya. Panjang lak ceritakan.. disinilah peristiwa dan modus operandi kejadiannya.. cewah…

“kejadian pertama”

Ketika itu waktu masih petang, tiba2 rumah kami diketuk beberapa kali. Dan bila pintu dibuka oleh Ustaz Khalis, tercegak seorang arab yang bertanya samada kami mahu menukar tong gas yang baru atau tidak, sedangkan gas di rumah baru saja ditukar. Lalu dia beredar meninggalkan rumah. Yang menjadi kepelikannya, kenapa dia hanya datang ke rumah kami sedangkan dia tak bertanya pun kepada rumah2 orang arab di sebelah.

“kejadian kedua”

Ketika itu waktu menandakan waktu tengahari. Jalan cerita sama je cuma lain la sikit. Agak2 faham la yer. Kejadian ini berlaku selang beberapa hari dari hari itu. Waktu itu pintu rumah kami diketuk beberapa kali oleh orang arab itu, dan bila Ustaz Khalis keluar, orang arab itu berkata “malizi? ok. Sorry2”. Dia berpura-pura seolah-olah tersilap rumah sedangkan dia baru beberapa hari datang ke rumah kami. Dia pun beredar tanpa berkata apa2 lagi. Tika itu kami serumah berasa pelik dan curiga dengan sikap orang itu. Dan kami mengintai ke bawah ternampak kelibatnya yang membawa basikal yang membawa tong gas. Serumah berfikir apa yang berlaku sebenarnya. Ermmm….

“kejadian ketiga dan kecurian di pagi hari….”

Peritiwa ni berlaku pada pagi 29/12/09 baru2 ini semasa semua ahli bait sedang tidur kecuali Ustaz Khalis yang tiada di rumah sejak malam lg. Malam itu dia tidur di rumah rakannya. Pagi itu aku terdengar pintu rumah di buka dengan kuat sedikit, tak seperti macam biasa. Aku sangkakan yang Ustaz Khalis dah pulang dan bunyi kuat itu berbunyi mungkin kalau2 ada benda yang berada di belakang pintu. Apa lg, aku terus tarik selimut SARATOGA ku yang tebal untuk membungkus seluruh tubuhku bagi menikmati tidur semasa musim sejuk ni. Tapi sekali lg aku terdengar bunyi pintu rumah di buka. Aku berfikir, mungkin Ustaz Khalis hanya balik ambil barang dan ingin keluar lagi. Mata aku dah tak “lalu” untuk tidur. Terasa malas lak untuk tidur. Dan aku terasa nak mandi lak. Maklumla dah seminggu tak mandi. Hehe. Biasala tu musim sejuk. Bingkas aku bgn dari tidur dengan keadaan “kemama” (loghat kelate)”. Semasa aku menyingkap langsir bilik, suatu suasana pelik ku rasakan. Seolah-olah tergamam bila melihat kelibat seorang arab sedang mengangkat tong gas di ruang tamu rumah. Terkesima aku seketika. Cepat2 dia letakkan tong gas dan entah cakap arab apa kepadaku, aku tak faham. Dia cakap “ammi” laju sangat dan terus berlari keluar. Aku seolah2 hanya mampu tengok je peristiwa tu. Aku rasa pelik kenapa tiada seorang pun yang temani dia kalau nak tukar gas di dapur. Aku ke dapur untuk tengok siapa yang ada, tapi tiada siapa pun. Dan aku tengok semua ahli bait sedang nyenyak tidur, sahlah yang td tu pencuri. Cepat2 aku kejutkan semua. Semua pening dan bingung apa yang berlaku. Setelahku ceritakan apa yang berlaku dan cuba periksa apa yang hilang, Ustaz Zulfakar kehilangan wang tunai LE500. Kesian dia. Mungkin silap aku jugak rasanya. Kami semua terus keluar dan mencari pencuri, namun masuk angin keluar asap la jawabnya.. dah terlepas. Petang tu, aku dan Ustaz Zulfakar bersama penasihat Markas Dewan Perwakilan Mahasiswa Maqaz Shoubra terus ke balai polis berdekatan untuk membuat report polis. Polis arab ni ganas dan cekap jugak tapi bodoh bila melibatkan pelajar Malaysia. Mereka menganggap yang mencuri adalah dari kalangan pelajar2 Malaysia juga. Pelik betul…

“kejadian keempat”

Berlaku 2 hari lepas. 11/1/2010 pukul 4 petang. Telefonku berbunyi. Masa tu aku tengah rehat2 sambil tidur untuk menunggu ke kelas Syeikh Syaltut di Azhar. Serabut rasanya bila telefon berbunyi dikala nak tidur ni.. tapi 2-3 kali hp ku memanggil untuk aku menekan butangnya. Dan terpampang nama Ustaz Muaz. Bila diberitahu ada pencuri, aku cepat2 berlari untuk menyaksikan siapakah gerangan yang berani mencuri itu. Dari jauh lg ku dengar bunyi kecoh. Sesampai je di situ, ku lihat orang arab itu sedang menangis akibat dibelasah oleh rakan2 ku. Muka nangis tapi tengok badan biasa je kena kena belasah. Tak rasa apa2 kot. Rakan2 ku bertanya adakah dia yang ku lihat mencuri sebelum ni, sebaik saja aku mengangguk kepala dan tanpa mengeluarkan apa2 kalam, mereka bersama pertolongan dari Ustaz Abd Rahman terus sambung kembali sesi pembelasahan tu. Menurut Ustaz Muaz, orang arab itu datang ke rumah dan Ustaz Khalis bersama Ustaz Izuddin dah merangka pelan baik punyer untuk memerangkap orang arab tu. Orang arab itu bertanya lg pasal gas dan bila Ustaz Khalis tanya apa yang dia nak sebenarnya, tiba2 orang arab tu lari lintang pukang. Ustaz khalis dan Ustaz Izuddin sempat menarik baju dan terajang, tapi orang arab tu sempat lari bersama besi spanar dan screwdriver yang digunakan untuk mencuri sambil dikejar oleh Ustaz Izuddin dan Ustaz Khalis yang berkejar dengan berkain pelikat masa tu. Hehe.

Terima kasih juga kepada beberapa pemuda arab yang bersama-sama menolong menangkap pencuri tu. Keadaan agak kecoh juga semasa kami menyoal dan membelasah arab tersebut kerana ada beberapa arab kristian yang membuat kecoh dengan membela bangsanya. Dia ingat kami sengaja mahu membelasah kaumnya. Maklumla sama2 kristian. Berlaku juga adegan lempang melempang dengan orang arab menyibuk tu. Kesian dengan Ustaz Muaz dan Ustaz Khalis yang kena lempang tanpa sebab. Dah la tangan orang arab ni besar2 belaka. Makin kecoh la pergaduhan masa tu. Polis datang mengheret pencuri dan kami serumah ke balai untuk membuat report. Polis meminta laporan kisah sebenar dariku sebagai saksi utama sambil di tolong oleh Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Maqaz Shoubra. Lama juga berurusan dengan polis arab ni. Kertas report panjang berjela-jela. Ada la dalam 5-6 helas kertas dia tulis sebagai report. Selesai report pukul 7 malam.

Wednesday, December 16, 2009

Di Celah-Celah Kehidupan...

Mesir ummu Dunya?!

Melangkah ke bumi seribu menara, muzium raksasa ini pastinya mengundang seribu satu macam keanehan dan ketakjuban, lebih-lebih lagi mereka yang pertama kalinya menjejakkan kakinya ke bumi kinanah ini. Dengan peradabannya yang telah dimulai sejak sekitar 7000 tahun yang lampau Mesir masih gah menyenaraikan dirinya dalam senarai dunia sebagai sebuah negara yang pernah mencatatkan tamadunnya yang agung. Contohnya Pyramid dan Sphinx yang telah menjangkau usia berabad lamanya, namun masih berdiri kukuh dan masih dapat dilihat dengan jelas hingga ke hari ini.

di piramid


Tidak hairanlah, setiap langkah yang kita susuri di bumi Anbiya' ini pernah mencatatkan cerita dan nostalgia yang masih terukir sehingga ke hari ini. Kalau kita ada kelapangan untuk berjalan dan menggelilingi sekitar bumi Mesir ini, kita dapat melihat dengan jelas, rata-rata bangunannya sangat usang dan dindingnya yang bertampal, serta atapnya yang berdebu tebal, dinding yang lusuh, dan kebanyakan bangunannya berwarna kelabu. Mungkin kerana bumi ini yang sentiasa berdebu, di kelilingi oleh padang pasir dan sering dilanda ribut pasir, justeru memilih warna kelabu adalah pilihan yang paling selamat, untuk mengelakkan pencemaran dinding bangunan untuk jangka panjang. Di dalam bangunan usang itu jugalah pelbagai generasi silih berganti meneruskan kehidupan berabad abad lamanya.

ni la tempat laluan azam dlm ketika cinta bertasbih.hehe

Bercakap tentang sosio budaya masyarakat, rata-rata secara umum, Islam tidaklah sepenuhnya dimanifestasikan dalam kehidupan rakyatnya, dan kekuatan beragama pada aspek tertentu kelihatan semakin luntur. Untunglah fenomena Arab Islam dalam sosial budaya masyarakat Mesir masih sangat menonjol. Kalaulah bukan peranan dan perjuangan ulama’ Islam sudah pastilah telah lama bangsa Arab ini melepaskan ikatan Islam di dalam kehidupan mereka secara total.


Meskipun rakyat Mesir terpaksa ‘berkerat rotan berpatah arang’, menyaring budaya kuning yang saban hari menujah pemikiran anak bangsa mereka, sama ada melalui media cetak, televisyen atau pelancongan, kehidupan beragama masih dapat kita perhatikan di mana-mana. Alunan bacaan al-quran masih dapat kita dengari sama ada di kedai-kedai Arab, mahupun dalam kenderaan, yang adakalanya terpaksa bersaing dengan lagu pop yang menjadi kegemaran anak muda Arab, seperti Amru Diyab, Nancy Ajram, Tamer Husni, Majdah Rumi, Diana Haddad, Hisyam Abbas dan lain-lain lagi. Tulisan bertulis ayat al-quran juga masih banyak kelihatan di dinding bangunan, pintu-pintu rumah, malah kalau kita perhatikan di tembok-tembok tapak bangunan yang belum dibina kita dapat perhatikan ‘kalamullah’ adakalanya dipaparkan dengan tulisan tangan dengan nyata.


Tentang kehidupan umum masyarakat Mesir, kita menyaksikan budaya masyarakat kaya yang gemarkan kereta mewah sementara di aspek lain lain kita juga dapat menyaksikan orang miskin yang mengenderai haiwan keldai sebagai tunggangan, sumber untuk mendapatkan sesuap rezeki menyambung kehidupan. Pada beberapa aspek lain juga, kita boleh katakan bangsa Mesir ini sangat beradab sopan dan tinggi budi pekertinya, contohnya mereka suka tolong menolong dan membantu orang-orang tua. Hinggakan adakalanya kita terlihat penumpang teksi yang membantu pemandu menolak kenderaan mereka yang rosak. Fenomena begini tentulah sukar dilihat di negara kita sendiri. Di dalam bas juga kaum wanita sering mendapat priority untuk duduk. Anak anak muda dan kaum lelaki sering mendahulukan orang tua dan kaum wanita mereka untuk duduk di dalam kenderaan awam. Di samping itu kita tidak nafikan sifat negatif seperti pembengis, suka marah marah, mencela, sikap puas, bangga dan memuja keadaan yang sedia ada sehingga muncul ungkapan memuja bumi tanah air mereka sepeti ‘Misr Ummud Dunya’, ‘Misr Ahsan Fil Alam’ dan lain lain lagi.

spinhx

Bangsa Mesir merupakan bangsa yang memiliki citra dan wawasan yang tersendiri. Di tengah-tengah desakan hidup dan kepayahan yang bertumpang tindih dalam kehidupan mereka, kita melihat bangsa ini masih mampu tersenyum dalam kesukaran dan kepayahan mereka meneruskan hidup, dalam keadaan rakyat peribumi mereka hidup dengan serba kepayahan dan bersesak-sesak di mana-mana, kerana kepadatan penduduk. Masyarakat Mesir memang satu bangsa yang tidak kenal erti rendah diri atau ‘inferiority complex’, baik orang miskin mahupun orang kaya. Keramahan mereka yang luar biasa juga adakalanya amat merimaskan, terutamanya bagi orang Malaysia seperti kita yang tidak gemar begurau keterlaluan atau ‘over acting’. Lebih lebih lagi bila diajukan pertanyaan yang adakalanya langsung tidak munasabah dan lojik, lebih layak dikatakan soalan bodoh. Bagi mereka, orang Malaysia yang belajar di sini sama saja, jika pada pandangan mereka kita telah melakukan suatu yang menyalahi, lantas ditengking sesuka hati tanpa teragak-agak, tak kira siapa, ustaz ke..., orang tua ke..., atau orang perempuan, bagi mereka semuanya sama saja.

Meminum ‘syai’ merupakan satu kegemaran yang tak asing lagi pada bangsa ini, bahkan merupakan satu kebanggaan dan tanda penghormatan kepada para tetamu yang berkunjung. Kalau anda sedang berehat, tiba tiba dikejutkan dengan sorakan, anda jangan terperanjat kerana itu adalah sorakan penonton perlawanan bola yang merupakan satu permainan yang paling digemari oleh bangsa ini. Anda mungkin pernah menyaksikan anak bangsa ini bermain sepanjang hari dan adakalanya sampai ke larut malam. Suatu hobi yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan bangsa mereka yang telah berakar umbi sejak nenek moyang mereka.


Bangsa Mesir juga dikenal sebagai bangsa yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang erat. Rata-rata kita dapat lihat, anak-anak berjalan berdampingan dengan ayah dan ibu mereka, berpegang-pegangan tangan, berbual rancak dan mesra, tak kering idea. Kadang-kadang kita merasa sangsi adakah mereka berbual sesama anak-beranak atau dengan orang lain yang baru mereka kenal. Ini kerana pemandangan begini sukar dilihat pada bangsa kita sendiri. Mereka sering berjalan berpegang pegangan tangan. Demikian juga dengan pasangan suami isteri, meskipun usia perkahwinan menjangkau separuh abad, namun keintiman dan sifat romantik masih jelas dapat kita saksikan. Mereka masih boleh berbicara panjang lebar dan berbual mesra. Mereka berjalan seiring dan saling berpimpinan tangan, melambangkan bangsa ini sangat memelihara hubungan kekeluargaan dan ikatan sesama mereka. Seorang Jerman menyuarakan komentarnya: Saya sangat kagum bagaimana bangsa ini dapat meneruskan hidup di tengah tengah kesesakan dan kepadatan penduduk, kecelaruan yang bersimpang-perenang, penempatan yang tidak sistematik. Kalau bangsa lain menghadapi keadaan sebegini rupa nescaya timbul pelbagai krisis yang tidak diduga..” ujarnya. Sorang wartawan Cina pernah menyuarakan: Yang menjadi perhatian saya terhadap bangsa ini adalah sikap puas, merasa cukup dan berpada dengan apa yang ada, ini kerana dorongan spritual dalam kehidupan mereka” Beliau menjelaskan lagi: Saya sering memerhatikan ‘bawwab’ di hadapan rumah saya yang hidup seadanya, hanya dengan ruang rumah di lantai ‘ardhiyyah’ yang kecil dan satu kamar mandi, sudah cukup untuk menaungi kehidupan mereka sekeluarga. Meskipun begitu, saya tidak pernah mendengar mereka mengeluh dengan kehidupan mereka, bahkan mereka masih mampu tersenyum dan bergurau senda.


Orang orang cacat juga masih mendapat tempat di dalam kehidupan sosial, masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti. Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berkorban memikul rakannya yang cacat menaiki bas dan memanjat tangga bangunan, mereka dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain yang sempurna. Demikianlah tabahnya bangsa ini dan sikap tolong-menolong, serta pengorbanan yang bukan kepalang dan begitu sukar untuk kita saksikan di dalam masyarakat kita sendiri.

Wednesday, November 18, 2009

jaulah ke Alexandria (Iskandariah)

Iskandariah merupakan banadaraya kedua terbesar di negara mesir, selepas Kaherah. Bandar ini dinamakan selepas pengasasnya, Alexander Agung, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat. Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam zaman pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga menjadi perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt. Perjalanan ke Iskandariah yang dijadualkan bermula jam 7.00 pagi tertangguh sehingga jam 8.00 pagi disebabkan sedikit masalah pada bas. (orang arab ni lebih teruk dari janji melayu) Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke Iskandariah sekitar jam 1.00 petang. Destinasi pertama yang dituju ialah Taman Montazah. Di sana, kami dihidangkan dengan makanan tengahari seterusnya solat jama' taqdim. Dibawah sikit gambar2 dari taman montazah...

bersama ahli halaqah


laut mediterranian. dah betul eja nya kot..hehe
berjalan melihat keindahan alam

dari mana lak datang budak arab nyibuk ni?

ish3...minah arab ni nak masuk jugak dlm gambar ni...hehehe

Kira-kira jam 4.00 petang perjalanan menuju ke destinasi seterusnya ialah Masjid Sidi Abu Abbas Al-Mursi. Menziarahi maqam sheikh Busiri seorang pereka burdah terkenal, maqam Sheikh Abu Abbas Al-Mursi, maqam Imam Makinuddin Al-Asmar merupakan seorang imam qurra' yang terkenal di Iskandariah, maqam Sheikh Yaqutul Arsy, maqam-maqam 14 wali termasuk cicit baginda Nabi SAW. Memandangkan masa yang agak terbatas, beberapa tempat tidak sempat untuk dikunjungi iaitu Kubu Qaitbey (kalau nak tengok, tengok dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH), Maktabah Iskandariah dan Masjid Nabi Danial & Luqmanul Hakim. Apapun, masa masih panjang, Insyaallah kalau ada masa free, kena pergi lagi ke sana. Kena Qada' tempat2 yang belum pergi lagi.. khususnya mandi pantai..hehe. sekian

melawat maqam sekitar kaherah

Alhamdulillah baru2 ni saya sempat untuk ber"jaulah" bersama kawan2 ke beberapa tempat menarik sekitar kaherah yang khususnya maqam para sahabat2 Rasullullah s.a.w, para Tabi'in, wali2 Allah dan para pejuang Islam zaman dahulu. Destinasi pertama ialah Masjid Amru Al-As, masjid yang terbesar di benua Afrika.




Seterusnya menziarahi maqam-maqam yang terdapat di sekitar masjid Imam As-Syafi'e. Maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani seorang yang hebat dalam bidang hadis dan beberapa bidang yang lain. Maqam 'Uqbah ibn Amir, Zunnun Al-Misri, Rabiatul Adawiyah, Imam Al-Laith dan banyak lagi. Seterusnya, program diteruskan dengan menziarahi maqam-maqam yang terdapat di sekitar Jabal Muqattam. Bermula dengan maqam Ibn Atoillah Assakandari, Wali Soghir dan lain-lain.


maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani seorang yang hebat dalam bidang hadis


maqam serikandi Islam Rabiatul Adawiyah


maqam Imam Asy-Syafie


Program berhenti rehat dengan Solat Zohor dan makan tengahari di sekitar masjid. Perjalanan seterusnya menuju ke Kubu Solahuddin Al-Ayubi. Di bawah gambar2 sekitar kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi..


pemandangan dari atas kubu Salahuddin Al-Ayubi

pemandangan dari atas kubu Salahuddin Al-Ayubi


Berada di sekitar kubu lebih kurang 2 jam seterusnya menuju perjalanan ke Masjid Sultan Hassan dan Masjid Ar-Rifaie untuk Solat Asar. Bersambung....

Tuesday, November 17, 2009

sekitar masjid Saidina Hussein

Masjid Saidina Hussein terletak di bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar Asy-Syarif yang mana kedua2 nya terletak di kaherah yang terletak berdekatan dengan Attaba. Makam Saidina Hussein terletak dalam masjid ini. Attaba ni kalau kat malaysia macam masjid india, petaling street gitu la.. mana2 pun ramai orang.. tempat jual beli..

ni kat masjid Azhar la... Masjid Hussein kat bawah ni..

bumbung masjid Hussein yg boleh terbuka & tertutup

ni kerusi kedai makan.. bukan untuk dijual

ha.. ni kalau tak bwk duit, tengok je la yer..

murah je ni.. kalau nak, bg duit. pahtu dapat la..

kak ros minat benar la koleksi gini.. hehehe

ni syisya..

makam Saidina Hussein yang terletak dalam masjid

"pembedahan blog"...

assalamualaikum kepada semua kenalan.. dh lama rasanya x mengupdate blog ni.. dh berhabuk dengan debu2 mesir ni pun.. huhu. tak taula kenapa, kering idea ke, malas ke, mungkin tak larat nak menaip kerana sejuk kot.. hehe. kepada ahli keluarga dan kenalan di bumi malaysia, disini ada sedikit coretan untuk kalian semua.. semoga terubat sedikit rindu di hati...hehehehe. tak ada apa2. hanya gambar je..

keldai mesir (jual buah atau sayur)

pemandangan rumah dari bawah

pintu pagar naik rumah. Ya Allah.. uzurnya..

pemandangan sekeliling rumah

pemandangan sekeliling rumah

pemandangan sekeliling rumah

...lukisan dihati... © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO